Selasa, 2 Mac 2010

jalur lebar merubah hidup saya

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Jalur lebar merubah hidup saya merupakan tajuk saya pada kali ini. Saya tetap optimis untuk menulis blog saya. Seperti yang kita maklum dalam era pentadbiran Dato' Seri Najib ini, kemajuan dalam bidang IT juga semakin meluas sehingga di kampung saya juga ramai yang berkata-kata tentang hal ini, termasuklah mak cik-mak cik yang sudah tua. Di kampung kami terdapat satu perpustakaan desa yang menyediakan komputer untuk kami belajar. Di situlah saya mula mengenali dan mempelajari komputer atas bantuan kak Emi yang sanggup mengajar saya dan rakan-rakan yang lain siang dan malam.

Dengan itu saya memasang azam untuk belajar bersungguh-sungguh dalam bidang IT. Sehingga sekarang telah banyak yang saya pelajari dari microsoft-microsoft sehinggalah dapat menulis blog. miskin bukan halangan untuk saya belajar dan terus belajar seperti yang disarankan oleh Dato' Seri Najib..

Kini, jalur lebar telah pesat digunakan di seluruh dunia. termasuk saya. Saya mnggunakannya untuk mencari maklumat sama ada untuk pengetahuan am atau untuk berkongsi dengan rakan sekelas. Daripada itu, saya dapat membuat esei pengajian am dengan mudah. Saya akan lebih berpotensi untuk mendapat prinsip dalam pengajian am semasa stpm nanti.

Selain itu, saya boleh nmengetahui info-info semasa seperti kes-kes politik dan sebagainya. Saya juga boleh berkongsi pendapat dengan pengguna jalur lebar yang lain. Melaluinya juga saya mendapat ramai kawan sama ada di dalam negara atau di luar negara. Dengan ini memudahkan saya apabila saya pergi ke luar negara nanti. Saya boleh serba sedikit bertutur dalam bahasa mereka terutama di negara Timur Tengah dan Eropah.

Dengan ini sudah terang lagi bersuluh bahawa jalur lebar telah metransformasikan hidup saya ke arah yang lebih baik. Saya harap kepada sesiapa yang membaca berilah kprihatinan anda dalam bidang IT supaya tidak ketinggalan dalam arus kemodenan.Jangan jadi seperti Katak Di Bawah Tempurung. Kerajaan juga perlu mengimplementasikan prakarsa yang baru seperti menjadikan internet sebagai medium perpaduan dalam kalangan Rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan